SPM ( Jumlah Bukan Perkata Utama )

Home / Events / SPM ( Jumlah Bukan Perkata Utama )
SPM ( Jumlah Bukan Perkata Utama )

SPM 2017: ‘Jumlah A bukan perkara utama’ – Pengetua SMK CBN

KUALA LUMPUR: Bagi pelajar yang mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mereka tidak perlu gusar jika tidak mendapat jumlah A yang diharapkan kerana terdapat perkara yang lebih besar daripada keputusan SPM. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (SMK CBN), Rosemand A. Lawrence berkata, perkara yang lebih penting ialah melahirkan pelajar yang berkualiti. “Pada masa kini, jumlah A bukanlah perkara yang utama tetapi perkara yang lebih penting ialah  membina keyakinan diri para pelajar,” katanya lagi. Beliau turut menambah, menjadi tanggungjawabnya untuk melahirkan pemimpin yang berintegriti.

Menurutnya lagi, beliau mahukan pelajarnya menjadi seseorang yang berani menyuarakan pandangan, yakin pada diri sendiri, dan berdiri teguh kepada kebenaran. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 menunjukkan pencapaian lebih baik dengan peningkatan Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 0.15 berbanding tahun 2016.